🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ…
Renungan Hadith Pilihan : *Siapakah Yang Bangkrap?.*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ.رواه مسلم والترمذي.
Maksud hadith :-
*Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu, siapakah orang yang bangkrap itu?” Para sahabat menjawab; ‘Menurut kami, orang yang bangkrap diantara kami adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya umatku yang bangkrap adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan solat, puasa, dan zakat, tetapi dia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang daripada mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum dipenuhi. Selanjutnya, sebahagian dosa daripada setiap orang daripada kamu diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka.’*
(Hadith riwayat Muslim : 2581, At-Tirmizi : 2481)
🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀