Siapa

🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ…

Renungan Hadith Pilihan : *Siapakah Yang Bangkrap?.*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ.رواه مسلم والترمذي.

Maksud hadith :-
*Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu, siapakah orang yang bangkrap itu?” Para sahabat menjawab; ‘Menurut kami, orang yang bangkrap diantara kami adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya umatku yang bangkrap adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan solat, puasa, dan zakat, tetapi dia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang daripada mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum dipenuhi. Selanjutnya, sebahagian dosa daripada setiap orang daripada kamu diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka.’*

(Hadith riwayat Muslim : 2581, At-Tirmizi : 2481)

🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀🌺🥀

Umur

1/11/3027‬: *R E N U N G A N*
*AL QURAN & UMUR*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*

*”Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran”.

*”Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran”.

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
“Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun”.

*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*
“Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca”.

*Berkata Ibnu Solah :*
“Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama’an untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia”.

*Berkata Abu Zanad :*
“Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran”.*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*
“Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia”.
“Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya”.
Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*Umur kita terlalu singkat*
… hingga *ALLAH* kurniakan *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
… *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
… *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
… *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
… ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
… ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

*Hidup ini terlalu singkat*
… ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
…ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakankan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri…, *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 – 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT… JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT. …*
Baarakallah.

*Salam ukhwah